Saturday, November 9

Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan

2:27:00 PM 0
Feww~ 

Alhamdulillah. Tak sangka dah 3 bulan dah pregnancy journey aku ni.

Setelah macam macam yang dilalui sepanjang 2 bulan sebelum ni, admit hospital sebab non stop vomitting in result to dehydration akhirnya berjaya jugak buka buku pink ni pada minggu ke 10 pregnancy pertama ni. Ni aku just cerita balik yer. Baru berkesempatan nak update.

Berdebar weh first time check up kat KK takut ada yang sangkut kan. Tekanan darah ke, HB ke macam macam lah dalam kepala ni.

So far dari 1st day dapat tau pregnant memang aku dah ready ready vitamin semua. Especially B complex with Acid Folic dan Ostematrix (Pil kalsium). Memang belum miss lagi sejak 1st day tu. Dan semua brand yang aku guna dari brand Shaklee.

Then admit hospital haritu, hospital ada provide dengan acid folic jugak. 

Aku memang banyak ambik nasihat dari kakak aku. Sebab dia anak dah 3 jadi semua check dekat KK so banyak benda memang aku tanya dia awal awal macam mana nak buat.

Minggu ke 7 pregnant aku dah buat appoinment dengan KK Taman Universiti nak buka buku pink. 

Ok gais, ni tips yer. Nak buku pink make sure buat appoinment dulu okay. Call dulu. Biasanya dia akan minta copy IC korang, IC suami dengan sijil nikah. Bawak sekali bil api dan air untuk pengesahan alamat. Kalau korang datang berlenggang korang kena balik buat appoinment lain.

Satu lagi nak buka buku pink jangan lebih dari 12 minggu yer kalau tak nak kena bebel dengan nurse nurse kat KK.

Appoinment pukul 8am tapi aku dah ada kat sana 7.30am. Sempat makan nasi lemak dengan Mr Husband jap kat depan klinik. 7.50am dah boleh masuk klinik terus cakap dengan nurse kat kaunter depan tu dah buat appoinment.

Lepas bagi semua copy copy yang dia nak tu, aku duduk kejap. Then beberapa minit pastu nama aku kena panggil. Time ni kena interview background lah. Parents punya history ada sakit ke tak, pasal suami pasal diri sendiri.


Then dh setel boleh terus ambik cup kecik atas kaunter tu, tulis nama kat cup tu pegilah wee wee. 

Time tu buat hal wee wee takmo keluar. Aku pun pegi kat Mr Husband minta air kosong yang aku bawak pagi tadi terus togak 2 3 kali. Nasiblah nama aku belum panggil lagi. 

Akhirnya berjaya wee wee. Tak sampai bape second nama aku kena panggil. Nasib baik wee wee bekerjasama pagi tu.

Masa ni dedar giler sebab nak kena check HB, tekanan darah, berat badan dengan gula semua. Takut ada yang sangkut. Tak sanggup nak pegi checkup tiap 2 minggu tu.

Akhirnya result kuar dan semua okay. Cuma sangkut kat BMI jer. BMI lebih dari 27. Haishk!


Lepas setel kat sini kena ambik darah pulak sebab nak tau kumpulan darah n ada HIV ke tak semua. So time ni memang redha jer lah sebab tangan masa ni tengah bengkak bengkak lagi sebab baru keluar hospital masa ni dehydration. 

Nurse tu sampai kesian semua tempat dia nak ambik semua lebam. Last last dia cucuk tempat yang paling bengkak tu sebab dia kata situ je yang paling senang sebab urat dah besar. Aku pun berhuhu kat situ.

Setel ambik darah semua tunggu result dan letak kat bilik yang disuruh. Last sekali aku jumpa nurse yang akan jaga aku sepanjang aku hamil ni. Baik akak tu. Ramah betul. Aku dah bersyukur dah ingat ni yang last. Rupanya akak tu kata naik atas check gigi.

Nasiblah check gigi tak ambik masa lama. dalam 15 minit camtu.Dah setel aku turun balik bagi buku pink kat nurse yang jaga aku tu.

Then dia cakap BMI dah lebih ni, next checkup minum air gula eh. Aku terus telan air liur sambil cakap OK! Gigil dah.Ramai yang cakap air gula tu manis gila. Maka aku pulak time ngandung ni tak suka benar yang manis manis. Ntah apelah jadik nanti. Redha jer lah.

So lps jumpa nurse aku pegi depan kat kaunter jumpa nurse untuk book next appoinment. Minum air gula dengan jumpa doc.

So aku dengan pasrah menunggu 19hb Nov ni untuk tau result. Hope tak sangkut dengan gula dalam darah ni. 

Aku punya appoinment habis pada jam 12.30pm dari pukul 7.45am. Waktu buka buku aku agak memang lama sikit kot sebab banyak benda nak kena check kan. Ambik darah dengan interview semua. 

So hope next checkup bergerak dengan kadar segera tapi for sure memang lebih dr 2 jam pasal aku nak kena minum air gula tu. Huhuhuhu.

Tuesday, August 27

Page Review : Torebki.hq ( Handbags Dan Aksesori Branded )

8:33:00 AM 0
Heyya Korang ! Selamat Pagi !

Harini aku breakfast berat sikit sebab aku nak skip lunch. Awat? Pasai dinner harini aku makan sedap. Hahaha.

Harini aku ada team dinner dengan department. So takkan nak tengok orang makan jer. Aku mestilah nak makan sekalikan.

So bahaya bagi aku setiap session meal aku nak makan. Aku masih amalkan Intermittent Fasting tau. Memang tengah gigih level zeus aku skarang ni.

Harini aku barulah nak update pasal hadiah in advance birthday Mr Husband yang baru sampai beberapa hari lepas. Cantik wehh ! 

Paling penting sekali MURAH !

Hahaha. Alhamdulillah Mr Husband suka dan dah pakai pun. Cewahh.

Aku beli Beg Coach Crossbody untuk Mr Husband. Ada warna hitam dengan coklat tapi aku prefer coklat sebab terang. So kalau Mr Husband hilang aku tau nak cari kat mana. Hahaha.




Jadi alang alang dah murah alang alang dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Aku beli jugak untuk diri sendiri. Hahahaha.

Aku punya Dior girl ke ape ntah namanya. Aku tak ingat. Tapi aku boleh cakap kualiti tiptop weh harga pun murah murah je. 

Plus ! FREE POSTAGE ! Wuhuuu.

Siap kotak, resit butik, dust bag dengan paper bag.



So korang kalau nak jengah jengah beg apa lagi yang ada korang bolehlar klik kat bawah ni dan straight away korang akan ke instagram yer. Selamat Menyopping !




Monday, August 26

Buntu : Nak Ikut Tema Ke Tak ?

8:16:00 AM 0
Selamat Pagi semua ! Biasalah sampai ofis awal so aku update blog aku ni dulu. Bersawang lama lama nak jadi apa nanti. huhuhu.

So bulan 10 ni ada annual dinner. Temanya memang aku dah tunggu lama kot. Serius tema yang paling aku suka sekali. 

" MASQUERADE "

Alarr yang pakai baju kembang kembang tu, yang pakai topeng tu. Macam kat bawah ni.


                      
Aku memang suka giler sebab dulu aku ada 1 buku favourite zaman zaman sekolah. 

" The Phantom Of The Opera "

Banyak kali aku baca buku ni. Diulang ulang sampai kesudah. Hahaha. Aku dulu zaman sekolah librarian, jadinya asal tiba waktu aku jaga library memang aku godeh segala buku dalam tu.

Dari situ terjebaknya aku dalam dunia buku phantom tu. 

Ok. Berbalik pada annual dinner tadi sebenarnya aku tak tau nak beli ke tak baju ikut tema. Berbelah bahagi. Kalau aku beli, sekali je pakai pastu dah tak pakai lagi. 

Tapi bila fikir fikirkan balik, lepas pakai tu aku boleh jual balik pada orang yang mencari costume costume dinner. So complicated.

Tahun ni aku pergi dengan Mr Husband sebab kami 1 company tapi berbeza site. So datang sama sama. Mr Husband macam dah excited giler nak beli baju. kihkihkih.

Buntu.

Saturday, August 24

Movie Review : Angel Has Fallen

11:03:00 AM 0
Hye korang! 

Memandangkan semalam Mr Husband ngajak tengok movie, aku pun ambik kesempatanlah kan nak tengok cerita Angel Has Fallen ni. 

Aku ikut cerita ni dari yang pertama punya movie lagi iaitu Olympus Has Fallen. 

Movie ni bukanlah movie berantai macam Starwars, Harry Potter, Avengers tu semua. 

Tapi movie ni berkonsepkan motif yang sama tapi jalan cerita yang berlainan.

So yang tak pernah tengok movie pertama jangan risau, korang mesti faham jalan ceritanya. 

Bagi yang dah pernah ikut movie Olympus Has Fallen, London Has Fallen korang mesti tau macam mana power nya Mike Banning ni iaitu pengawal rahsia presiden Amerika Syarikat melindungi presiden dia sampai orang kata dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk pastikan presiden Amerika ni selamat. 

Angel Has Fallen mempunyai konsep yang sama cuma dia ada plot twist dimana Mike Banning ni dituduh menjadi dalang disebalik kumpulan yang nak bunuh presiden ni. 

Ditangkap, dimalukan dan wife dia (Leah) dan anak dia (Lynn) asyik terima ugutan bunuh dari masyarakat. 

Dalam masa yang sama, Mike Banning ni juga telah disahkan doktor yang dia mempunyai sakit yang kronik dan dia boleh rebah bila bila masa je. 

Dan sebenarnya kumpulan yang cuba bunuh presiden tu adalah kawan baik Mike Banning sendiri. Waktu Mike Banning dibawa ke pusat tahanan reman oleh FBI, kumpulan rakan baik Mike Banning ni telah menyekat mereka dan cuba menculik Mike Banning tetapi Mike Banning dapat melepaskan diri. 

Dan Mike Banning telah diisyhtiharkan sebagai pelarian di Amerika Syarikat. 

So macam mana Mike Banning ni nak bersihkan nama dia balik? Macam mana dia nak kembali ke pangkuan anak dan isteri dia? 

Ini salah satu filem aksi yang aku memang suka sebab dia punya action memang superb and special effects yang real. 

Yang pasti aku salute Mike Banning ni sebab dia bijak dalam menangani situasi yang crucial orang kata. Haaa gitu. 

So korang kalau nak tengok cerita dia, silakan tengok. 

Dari 5 bintang aku bagi 3.5 bintang. Rating Not bad. 


Thursday, August 22

Lost Weight Journey

8:37:00 AM 0

Hey korang ! Selamat pagi !

Harini last day of the week aku keje. Yeahh ! Tak sabar nak cuti berehat kat rumah. Relax kan minda, basuh baju, kemas bilik, tengok TV. Common sangat aku punya rutin cuti kan. Hahaha.

Hari sabtu dah nak ke jemputan kahwin pulak. So sambil menyelam minum air lah. 

Harini berat aku turun lagi. So far aku dah lost 2.6kg. Pencapaian yang memberangsangkan. Hahaha. 

               

Konsep sama IF, Eatclean, Cinch Tea Mix. Aku memang ini je lah konsep diet aku. Tapi kali ni aku ada tambah 1 lagi. Sauna. Hahaha. Memandangkan aku malas nak exercise, jadi cara aku nak berpeluh is gunakan sauna jer lah. Sauna nya aku takde gambar lagi. Nanti aku share kan.



So tengoklah aku yang macam ni dulu (gambar kat bawah). Nanti dah kurus aku upload acah acah insta famous. Ceh berangan sangat aku kan. Hahaha.

Ni gambar acah acah innocent tak kenal apa erti bergambar kononnya. Dengar laki aku muntah kehijauan dia. 

       

Wednesday, August 21

Eatclean : Daging Cing & Cang

8:37:00 AM 0

Heyya ! Morning ! 

Pagi ni macam biasa bergegas ke dapur siapkan lunch box untuk merpati dua sejoli. Aiceyh ! Akulah tu.

Harini menu simple jer. Aku pun tak tahu apa nama menu nya sebab aku main campak campak jer ikut suka. 

Jadi dengan ini aku namakan makanan ni sebagai, 

" Daging Cing & Cang "

Yang pasti isinya ada daging hancur tu, ada Tuscan mushroom dengan asparagus. Aku suka gila dengan asparagus ni sebab dialah sayur yang aku rasa macam berlemak.

Aku start makan asparagus ni pun sejak aku mula eat clean. Kalau idok takde lah aku nak cuba sayur sayur pelik gini. Hahaha.


Berat aku sebenarnya haritu dah 60kg tau dari 71kg. Tu cerita masa Mr Husband kat Dubai. Jadi aku pun start diet pasal aku sorang sorang kan. Makan tak sedap pun takpe, makan ke tak makan aku jer " ALONE " .

Sesejak Mr Husband balik, aku jadi bahagia gila ! Aku start makan balik dah tak ingat dunia. Dan mestilah makan for two kan. Jadi kalau waktu makan tu is a MUST ! Sampailah berat aku naik balik macam asal. Ni lah yang sekarang ni.

Bila mana aku start ambik gambar semua angle pun nampak gemuk, itu bermakna aku dah gemuk. Hahaha.

So aku start balik journey IF dan eatclean aku.

Mula dari Ahad lepas 18 Aug 2019 aku mula eat clean. dengan berat permulaan sebanyak 70.3kg. Masuk harini dah 4 hari aku IF and eat clean berat aku sekarang dah 68.8kg.

Targetnya 55kg. Macam korang tengok kat bawah ni. Aku ada lagi 13.8kg lagi remaining untuk aku capai berat 55kg tu. Bagi aku itu target yang boleh buat aku on track. Hopefully bulan 10 dah ngam ngam sui berat 55kg yang aku idamkan tu.

Adalah beberapa kali, time Mr Husband makan tu aku minta sesuap dua. Tapi tak banyak eh. Masa tu aku siap doa mohon agar makanan ni tak menggemukkan aku. Hahaha.




Time gambar kat bawah ni aku hilang ingatan. Aku tak ingat sebenarnya aku tengah jaga berat aku waktu ni. Jadi aku makan maggi goreng sepinggan. Itupun aku minta Mr Husband lagi sepinggan, dan dia telah menyedarkan aku yang aku dah takde beza dengan yang dulu.


Jadi aku pun redha dengan realiti bahawa aku kena kawal pemakanan dan jangan sesekali mudah tergoda dengan hasutan makanan yang menggiurkan.

Sekian.

Tuesday, August 20

Eatclean : Sambal Belacan Kelentang Kelentung

1:24:00 PM 0
Hey korang ! Selamat tengahari ! Pagi tadi lepas subuh aku dah berhempas pulas dah kat dapur buatkan bekal untuk aku dengan Mr Husband. Menukang kat dapur buat sambal belacan kelentang kelentung. 

Again eh ! Nama sambal belacan tu ialah,

" Sambal Belacan Kelentang Kelentung "

Memandangkan aku dah start eat clean, so Mr Husband pun kena ikut eat clean sekali lah gamaknya. Hahaha. Bertabahlar dia. 

So menu aku harini simple jer. 

Ayam memang aku dah perap siap siap guna serbuk cajun sejak beberapa hari lepas so by the time aku nak guna aku tinggal defrost pastu masak. Aku tinggal goreng dalam air fryer tanpa minyak atau bakar jer. 

Sambal belacan kelentang kelentung ni bahan dia senang je dan boleh dijumpai dalam peti ais korang. 

1 ) Cili Padi
2 ) Cili Merah
3 ) Garam sikit
4 ) Tomato

Kasik tumbuk je semua sekali pastu siap sambal belacan kelentang kelentung aku. 

Then Salad dengan baby tomato. Nasi 1 mangkuk paling kecik.

Bekas bekal ni aku pakai bekas Ikea biasa korang buat beli bungkus meatball tu ( Haaa kan dah terbayang meatball ikea dalam kepala ). Jadi korang tengok gambar ni korang agak agaklah berapa banyak nasi yang aku letak tu.

Atas nasi tu aku hias lah sikit dengan seaweed kan. Nak bagi lawo orang kata nak masukkan dalam blog. Cewahh !

Pastu sebiji epal. Siap !


Aku sebenarnya tengah buat Intermittent Fasting. Aku 
bukanlah acah acah Lisa Surihani, tapi ada lah sikit acah acah tu. Hahaha. Sebelum ni memang aku dah buat dan menjadi ! 10kg turun dalam masa 2 bulan weh ! Mr Husband balik dari Dubai tak kenal aku time tu. Hahaha. ( Kau tengok drama pukul 7 dia ! )

Korang buat IF, Eatclean. Memang terbaiklah. Lagi satu aku ada tambahan suplemen just untuk boost metabolisma aku. Aku ambik Shaklee Cinch Tea Mix. 

So far alhamdulillah. Aku masih melangkah untuk turunkan berat badan aku seperti yang disarankan doktor. Hehehe. Aku takderlah gemuk sangat cuma bila korang nak sesuatu korang kena korbankan sesuatu. Paham dak?

Dalam kes aku, aku kena korbankan lemak aku untuk dapatkan baby. Haa paham dak? Tak paham lagi telepon aku terus, nanti kita jumpa aku ulang ayat yang sama.

So itulah kisah aku sikit sebanyak. Hehehe. Nampak muka bahagia Mr Husband time dia kenyang? Sampai telinga dia senyum !

Tapi senyum tu yang buat aku cairrr~~.... Choiii !!

I`m Back with LEGO STARWARS

8:43:00 AM 0
Selamat pagi semua ! Harini  sampai awal kat ofis, jadi sempatlah aku update ke blog yang berkurun dah tak update ni. Jom kembali berblog!

Bagi yang baru jengah ke blog aku, 


"Haiiiii nama saya Lynn. Nama awak sape?"

Haa gicheww nak berkenalan. Hahaha. Yang tak kisah nak jawab boleh drop kat komen bawah yer nama korang sape. Dapat bagi link blog korang sekali pun lagi bagus, boleh aku pergi menjengah. Hehehe.

Aku selesa membahasakan diri dalam blog ni sebagai aku sebab emosi tu rasa lebih mendalam dan lebih rapat dengan diri sendiri dan pembaca. Cewah ! ( Ntah hape hape kan? ) Tapi korang janganlah kasar kasar cara penulisan aku ni. Aku ni lembut orangnya tapi tegas sikit. Aiceyhh. Menjual betul ek.

Membebel je pagi pagi buta. So berbalik pada post pertama pada tahun 2019, aku nak share apa yang aku buat semalam. Semalam masuk ofis pagi pagi macam biasa baca email. Sekali ting tong, email masuk. Tapi takderlah bunyi ting tong kan. Aderlah bunyi tu kan. Ntah macam mana aku nak describe dalam perkataan tu aku tak tau. Jangan tanya aku lebih lebih.

Kat email tu bertulis. 

"From 19th August until 1st September, 40% off to all starwars items except for bla bla bla bla"

Adalah jenis jenis lego yang tak dapat promo kan. Sebab stok baru.

Sekali terus teringat BB8 ! LEGO yang lama giler diidamkan. dari zaman sebelum kawen yang tak beli beli pasal mahai ngat ngat. Harga asal RM450++ weh ! Aku tak ingat lah exact harga. Kalau pergi berjalan dalam Park nampak BB8 ni aku siap nangis lagi tepi kotak tu. ( Jangan percaya part aku nangis tu ! ) Oh ! Lupa bagi tau korang, aku ni kerja kat Legoland Malaysia. Jadi sesiapa nak tanya pasal Legoland boleh lah tanya aku sikit sikit tu aku jawablah. Tapi jangan tanya pasal tiket free. Aku bukan print tiket pakai air liuq weh !

Lepas aku tau pasal promo ni aku pun check dengan member yang hantar email tadi tu BB8 tersenarai tak dalam list promo. Sekali ada weh ! ADAAAA !

Aku dengan tidak senang duduknya aku cakap kat member aku tu, tolong simpankan boleh tak? Tengahari aku datang ambik. Ko bayangkan penantian tu suatu penyeksaan tau. Punyalah lama aku tunggu BB8 ni promo. Sekali promo announce je terus grab. Nak tengok yang mana. Ni yang bawah ni.


Pagi tu aku dah tak senang duduk dah. Resah gelisah pasal teringat BB8 aku yang nak kena ambik tengahari tu. Aku tak puas hati, aku cari apa lagi LEGO yang promo. Search punya search aku nampak Tie Fighter pulak. Aku call lagi weh tanya ada tak yang ni, tolong simpankan. Hahaha. Kegilaan aku membuak buak dah. Orang perempuan kan, kalau dengar SALE tu macam dunia nak runtuh dah. Tie Fighter macam gambar kat bawah ni.


Walaupun idaman Tie Fighter aku adalah yang lebih besar dari ni sebenarnya, tapi yang ni pun aku dah kira bersyukur dah ni. Mantap ! So akhirnya tengahari tu aku pergilah ambik baby baby aku ni. Suka aku. Macam 1 mission dalam life kau dah complete dan kau kena pergi next level. Aku happy giler !


Korang nampak kegembiraan diwajah tu? Hahaha. Aku happy ! 



Korang ada tak mission yang belum complete dalam life? Meh share mana tau ada yang mission sama dengan aku. Hehehe.

Monday, August 19

Drama Review : Wanita Berani (Daring Woman)

10:49:00 PM 3
Wanita Berani..??
Berani ke..?
haha..
Owkeyh..Harini Lin nak buat review sikit cerita yang Lin selalu tengok tiap-tiap malam pukul
10pm-11.30pm kat channel Astro One HD..
Channel Astro One ni 24hours citer korea..
Pagi petang siang malam citer korea..

Tapi harini Lin nak fokus kan kat korang satu citer tajuknya "Daring Woman"
dalam bahasa korea "Onlain Yeoja"...
Sebut ramai-ramai~~~..
"On Lain Yeo Ja..."
Pandai pun korang berbahasa korea..
hahaha..



Pelakonnya terdiri daripada Lee Yoo Ri (kawaii gile minah ni)..Dia lah heroin dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Ji Soon-Young..Dia ni baik sangat..Mempunyai seorang anak angkat bernama Tal-Gi dimana anak tersebut merupakan anak kandung kepada Wang Se-Bin.





Ni pulak Seo Ji Young..Dia melakonkan watak sebagai Wang Se-Bin..Dia dengan mak dia dalam citer ni jadi jahat..Jahat giler..Asyik nak kenakan Soon-Young jer..Watak dia memang menyakitkan hati..ishk..Isteri kepada Han Jung Myong iaitu anak lelaki kepada usahawan ternama Han Kyu Jin..



Ni Lee Chang Hoon..Hero dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Han Kyu Jin..Dia suami kedua Soon Young selepas suami pertamanya mati..Seorang yang baik hati,penyayang dan anak yang taat..Mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan..



Ni pulak Lee Joong Moon..Melakonkan watak sebagai Han Jung Myong..Suami kepada Wang Se-Bin..Seorang yang sangat menginginkan anak..Namun Wang Se-Bin mempunyai komplikasi untuk mengandung..Bekerja dengan bapanya di syarikat kosmetik..


Sinopsis :

Pada awalnya Ji Soon-Young dan Wang Se-Bin adalah sahabat..Tapi semua berubah
setelah Ji Soon-Young berkahwin dengan abang Wang Se-Bin..Se-Bin bertukar menjadi
seorang yang cemburukan Soon-Young..Setelah Se-Bin pulang dari Italy kerana melanjutkan pelajaran,Se-Bin dapati dirinya mengandung dan bakal melahirkan anak..Setelah melahirkan anak ibu Se-Bin memberikan anak Se-Bin kepada Soon-young dan mengatakan itu anak saudara jauhnya yang tidak mampu menjaga anaknya itu..Setelah kematian suami Soon-Young,Soon-Young hidup terseksa ketika tinggal bersama ibu mertuanya..
Dan Soon-Young mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah syarikat dimana Se-Bin bekerja..Di situlah dia bertemu Han Kyu-Jin dan setelah beberapa halangan yang dilalui akhirnya dia berkahwin dengan Han Kyu-Jin..
Setelah dia berpindah ke rumah Han Kyu-Jin,bermacam dugaan yang dilalui oleh Soon-Young memandangkan Se-Bin telah berkahwin dengan anaknya Han Jung-Myong..
Ingin mengetahui kesudahan cerita ni..?
Macam mana penerimaan Wang Se-Bin terhadap Ji Soon Myong yang dulunya adalah ipar dan akhirnya bergelar mak mentuanya..?

Tengok sendiri..hahaha..


Pegi download cepat..
Pandai-pandai lah cari yerr..
Lin cari pun tak jumpa sebab citer ni baru lagi publish..
Baru keluar pada Mac 2010..
huhu..
Senang-senang sape yang ada astro HD tu g lah tekan channel 393 erkk..
hehe..


P/S : Jangan luper kelik Nuffnang Lin yer..^_^

Novel Review : JIBAM

10:48:00 PM 8
Hye all...!!

Harini Lin nak buat review sikit tentang satu novel yang bertajuk JIBAM..Mengikut apa yang Lin tahu,novel ni dah lama diterbitkan tapi Lin sama sekali tak tahu tentang novel ni sehinggalah seorang kawan Lin ajak Lin baca novel ni..Termasuk malam semalam,Lin dah 3 kali khatam novel ni..Lin berhasrat nak keluarkan review tentang novel ni dalam salah satu entri Lin bila genap perkenalan setahun Lin dengan kawan Lin tu..Tapi Lin mungkin dah rosakkan persahabatan kami yang nak masuk 5 bulan pada 16 julai ni..huhu..Lin nak ucapkan terima kasih kat dia sebab kenalkan Lin dengan novel ni..^_^


Novel ni mengisahkan seorang peneroka dan pengamal penyembuh penyakit yang bernama Suman dan isterinya Piah yang telah dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Fakir,Kadir dan Jibam..Fakir bekerja sebagai kerani di bandar,jarang sekali pulang ke kampung..Manakala,Kadir seorang yang panas baran,pernah bekerja sebagai despatch dibandar tetapi Kadir berhenti untuk menolong keluarganya di kampung..Jibam adalah anak bongsu kepada pasangan itu,tetapi Jibam dilahirkan cacat(terencat akal)..

Jibam sangat dibenci oleh sebahagian penduduk kampung kerana sering mengganggu mereka terutamanya Tuk Ngah Sudin..Tuk Ngah Sudin berhasrat untuk memiliki tanah-tanah yang diteroka oleh Suman dengan menggunakan kedua anaknya Miah dan Awang..Awang bekerja di Pejabat Daerah..Dia telah mengikut kehendak bapanya yang ingin menukar nama geran tanah tersebut ke atas namanya manakala Miah digunakan untuk memikat anak sulong Suman,Fakir..

Suatu hari,ketika Suman dan Tuk Ngah Sudin keluar untuk mencari rotan,Tuk Ngah Sudin dalam diam telah memasang satu niat untuk membunuh Suman..Ketika Suman berada betul-betul di kaki bukit,Tuk Ngah Sudin telah menolak Suman ke dalam gaung yang dipenuhi dengan cerucuk-cerucuk rotan..

Adakah kematian Suman dapat dibela?Apakah yang akan terjadi kepada Tuk Ngah Sudin?Apakah yang akan berlaku pada Jibam dan abang-abangnya? Kalau nak tahu,bacalah novel ni..^_^

Tutorial : Cara Membuat Header Transparent

10:46:00 PM 22
Bonjour everybody..!!
muahaha..
Update harini didedikasi kepada

Ms.Adhah

Ms.Adhah minta Lin ajarkan cara-cara nak buat header..


Dan sekarang ni Lin akan menunaikan hajat Cik Adhah..

Software yang diperlukan adalah :
  1. a) Adobe Photoshop
  2. b) Photoscape
1)Buka Blogger anda seperti biasa dan klik pada Design>Edit HTML.Tandakan 'Tick' pada 'Expand Widget Templates' dan tekan CTRL+F.Seterusnya 'paste' kan dibawah ini.

#header-wrapper {




2)Fokus pada 'width',untuk digunakan pada photoshop..




3)Buka Adobe Photoshop anda..




4)Klik pada tab File>Open>dan pilih mana-mana gambar yang ingin digunakan pada header.




5)Seterusnya klik pada 'Magic Wand Tool' yang terdapat pada menu bar disebelah kiri dan klik pada gambar.




6)Seterusnya,'right-click' pada gambar dan pilih 'Select Inverse' seperti ditunjukkan dibawah.




7) Dan selepas itu,klik pada button File>New ataupun Ctrl+F dan masukkan 'width' yang telah dikenalpasti didalam HTML sebelumnya.Dan jangan lupe pada kotak background contents pilih 'Transparent'.




8)Paparan sebegini akan muncul.




9)'Drag' kan gamba yang telah di 'inverse' kan tadi ke dalam kotak yang baru.Jangan lupa sebelum 'drag' tukarkan kepada 'move' tool.Ia terletak di bahagian teratas dalam 'toolbar' di sebelah kiri.




10)Seterusnya,buka software photoscape dan klik pada tab 'Page'.Tukar size kepada 'width' yang sama seperti dalam Photoshop dan klik 'OK' seterusnya klik 'Edit'.




11)Kemudian hiasi sebahagian dari page yang telah dibina tadi menggunakan kreativiti anda dan seterusnya 'Save'.




12)Dengan menggunakan langkah 4 dan seterusnya,'Drag' kan gambar kreativiti anda tadi seperti dalam langkah 9 dan 'Save' dalam format .png




13)Buka blogger anda dan klik Design>Page Elements dan lakukan langkah seperti seterusnya dan klik 'Save Template'.Jangan lupa tandakan seperti yang dibulatkan dibawah.




15)Header anda sudah siap untuk digunakan.




Owkeyh..Tutorial dah habis..
huhu..


P/S : Jangan lupe klik nuffnang Lin yerr..