Saturday, November 9

Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan

Feww~ 

Alhamdulillah. Tak sangka dah 3 bulan dah pregnancy journey aku ni.

Setelah macam macam yang dilalui sepanjang 2 bulan sebelum ni, admit hospital sebab non stop vomitting in result to dehydration akhirnya berjaya jugak buka buku pink ni pada minggu ke 10 pregnancy pertama ni. Ni aku just cerita balik yer. Baru berkesempatan nak update.

Berdebar weh first time check up kat KK takut ada yang sangkut kan. Tekanan darah ke, HB ke macam macam lah dalam kepala ni.

So far dari 1st day dapat tau pregnant memang aku dah ready ready vitamin semua. Especially B complex with Acid Folic dan Ostematrix (Pil kalsium). Memang belum miss lagi sejak 1st day tu. Dan semua brand yang aku guna dari brand Shaklee.

Then admit hospital haritu, hospital ada provide dengan acid folic jugak. 

Aku memang banyak ambik nasihat dari kakak aku. Sebab dia anak dah 3 jadi semua check dekat KK so banyak benda memang aku tanya dia awal awal macam mana nak buat.

Minggu ke 7 pregnant aku dah buat appoinment dengan KK Taman Universiti nak buka buku pink. 

Ok gais, ni tips yer. Nak buku pink make sure buat appoinment dulu okay. Call dulu. Biasanya dia akan minta copy IC korang, IC suami dengan sijil nikah. Bawak sekali bil api dan air untuk pengesahan alamat. Kalau korang datang berlenggang korang kena balik buat appoinment lain.

Satu lagi nak buka buku pink jangan lebih dari 12 minggu yer kalau tak nak kena bebel dengan nurse nurse kat KK.

Appoinment pukul 8am tapi aku dah ada kat sana 7.30am. Sempat makan nasi lemak dengan Mr Husband jap kat depan klinik. 7.50am dah boleh masuk klinik terus cakap dengan nurse kat kaunter depan tu dah buat appoinment.

Lepas bagi semua copy copy yang dia nak tu, aku duduk kejap. Then beberapa minit pastu nama aku kena panggil. Time ni kena interview background lah. Parents punya history ada sakit ke tak, pasal suami pasal diri sendiri.


Then dh setel boleh terus ambik cup kecik atas kaunter tu, tulis nama kat cup tu pegilah wee wee. 

Time tu buat hal wee wee takmo keluar. Aku pun pegi kat Mr Husband minta air kosong yang aku bawak pagi tadi terus togak 2 3 kali. Nasiblah nama aku belum panggil lagi. 

Akhirnya berjaya wee wee. Tak sampai bape second nama aku kena panggil. Nasib baik wee wee bekerjasama pagi tu.

Masa ni dedar giler sebab nak kena check HB, tekanan darah, berat badan dengan gula semua. Takut ada yang sangkut. Tak sanggup nak pegi checkup tiap 2 minggu tu.

Akhirnya result kuar dan semua okay. Cuma sangkut kat BMI jer. BMI lebih dari 27. Haishk!


Lepas setel kat sini kena ambik darah pulak sebab nak tau kumpulan darah n ada HIV ke tak semua. So time ni memang redha jer lah sebab tangan masa ni tengah bengkak bengkak lagi sebab baru keluar hospital masa ni dehydration. 

Nurse tu sampai kesian semua tempat dia nak ambik semua lebam. Last last dia cucuk tempat yang paling bengkak tu sebab dia kata situ je yang paling senang sebab urat dah besar. Aku pun berhuhu kat situ.

Setel ambik darah semua tunggu result dan letak kat bilik yang disuruh. Last sekali aku jumpa nurse yang akan jaga aku sepanjang aku hamil ni. Baik akak tu. Ramah betul. Aku dah bersyukur dah ingat ni yang last. Rupanya akak tu kata naik atas check gigi.

Nasiblah check gigi tak ambik masa lama. dalam 15 minit camtu.Dah setel aku turun balik bagi buku pink kat nurse yang jaga aku tu.

Then dia cakap BMI dah lebih ni, next checkup minum air gula eh. Aku terus telan air liur sambil cakap OK! Gigil dah.Ramai yang cakap air gula tu manis gila. Maka aku pulak time ngandung ni tak suka benar yang manis manis. Ntah apelah jadik nanti. Redha jer lah.

So lps jumpa nurse aku pegi depan kat kaunter jumpa nurse untuk book next appoinment. Minum air gula dengan jumpa doc.

So aku dengan pasrah menunggu 19hb Nov ni untuk tau result. Hope tak sangkut dengan gula dalam darah ni. 

Aku punya appoinment habis pada jam 12.30pm dari pukul 7.45am. Waktu buka buku aku agak memang lama sikit kot sebab banyak benda nak kena check kan. Ambik darah dengan interview semua. 

So hope next checkup bergerak dengan kadar segera tapi for sure memang lebih dr 2 jam pasal aku nak kena minum air gula tu. Huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment