Saturday, August 24

Movie Review : Angel Has Fallen

Hye korang! 

Memandangkan semalam Mr Husband ngajak tengok movie, aku pun ambik kesempatanlah kan nak tengok cerita Angel Has Fallen ni. 

Aku ikut cerita ni dari yang pertama punya movie lagi iaitu Olympus Has Fallen. 

Movie ni bukanlah movie berantai macam Starwars, Harry Potter, Avengers tu semua. 

Tapi movie ni berkonsepkan motif yang sama tapi jalan cerita yang berlainan.

So yang tak pernah tengok movie pertama jangan risau, korang mesti faham jalan ceritanya. 

Bagi yang dah pernah ikut movie Olympus Has Fallen, London Has Fallen korang mesti tau macam mana power nya Mike Banning ni iaitu pengawal rahsia presiden Amerika Syarikat melindungi presiden dia sampai orang kata dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk pastikan presiden Amerika ni selamat. 

Angel Has Fallen mempunyai konsep yang sama cuma dia ada plot twist dimana Mike Banning ni dituduh menjadi dalang disebalik kumpulan yang nak bunuh presiden ni. 

Ditangkap, dimalukan dan wife dia (Leah) dan anak dia (Lynn) asyik terima ugutan bunuh dari masyarakat. 

Dalam masa yang sama, Mike Banning ni juga telah disahkan doktor yang dia mempunyai sakit yang kronik dan dia boleh rebah bila bila masa je. 

Dan sebenarnya kumpulan yang cuba bunuh presiden tu adalah kawan baik Mike Banning sendiri. Waktu Mike Banning dibawa ke pusat tahanan reman oleh FBI, kumpulan rakan baik Mike Banning ni telah menyekat mereka dan cuba menculik Mike Banning tetapi Mike Banning dapat melepaskan diri. 

Dan Mike Banning telah diisyhtiharkan sebagai pelarian di Amerika Syarikat. 

So macam mana Mike Banning ni nak bersihkan nama dia balik? Macam mana dia nak kembali ke pangkuan anak dan isteri dia? 

Ini salah satu filem aksi yang aku memang suka sebab dia punya action memang superb and special effects yang real. 

Yang pasti aku salute Mike Banning ni sebab dia bijak dalam menangani situasi yang crucial orang kata. Haaa gitu. 

So korang kalau nak tengok cerita dia, silakan tengok. 

Dari 5 bintang aku bagi 3.5 bintang. Rating Not bad. 


No comments:

Post a Comment