Wednesday, August 21

Eatclean : Daging Cing & Cang

8:37:00 AM 0

Heyya ! Morning ! 

Pagi ni macam biasa bergegas ke dapur siapkan lunch box untuk merpati dua sejoli. Aiceyh ! Akulah tu.

Harini menu simple jer. Aku pun tak tahu apa nama menu nya sebab aku main campak campak jer ikut suka. 

Jadi dengan ini aku namakan makanan ni sebagai, 

" Daging Cing & Cang "

Yang pasti isinya ada daging hancur tu, ada Tuscan mushroom dengan asparagus. Aku suka gila dengan asparagus ni sebab dialah sayur yang aku rasa macam berlemak.

Aku start makan asparagus ni pun sejak aku mula eat clean. Kalau idok takde lah aku nak cuba sayur sayur pelik gini. Hahaha.


Berat aku sebenarnya haritu dah 60kg tau dari 71kg. Tu cerita masa Mr Husband kat Dubai. Jadi aku pun start diet pasal aku sorang sorang kan. Makan tak sedap pun takpe, makan ke tak makan aku jer " ALONE " .

Sesejak Mr Husband balik, aku jadi bahagia gila ! Aku start makan balik dah tak ingat dunia. Dan mestilah makan for two kan. Jadi kalau waktu makan tu is a MUST ! Sampailah berat aku naik balik macam asal. Ni lah yang sekarang ni.

Bila mana aku start ambik gambar semua angle pun nampak gemuk, itu bermakna aku dah gemuk. Hahaha.

So aku start balik journey IF dan eatclean aku.

Mula dari Ahad lepas 18 Aug 2019 aku mula eat clean. dengan berat permulaan sebanyak 70.3kg. Masuk harini dah 4 hari aku IF and eat clean berat aku sekarang dah 68.8kg.

Targetnya 55kg. Macam korang tengok kat bawah ni. Aku ada lagi 13.8kg lagi remaining untuk aku capai berat 55kg tu. Bagi aku itu target yang boleh buat aku on track. Hopefully bulan 10 dah ngam ngam sui berat 55kg yang aku idamkan tu.

Adalah beberapa kali, time Mr Husband makan tu aku minta sesuap dua. Tapi tak banyak eh. Masa tu aku siap doa mohon agar makanan ni tak menggemukkan aku. Hahaha.




Time gambar kat bawah ni aku hilang ingatan. Aku tak ingat sebenarnya aku tengah jaga berat aku waktu ni. Jadi aku makan maggi goreng sepinggan. Itupun aku minta Mr Husband lagi sepinggan, dan dia telah menyedarkan aku yang aku dah takde beza dengan yang dulu.


Jadi aku pun redha dengan realiti bahawa aku kena kawal pemakanan dan jangan sesekali mudah tergoda dengan hasutan makanan yang menggiurkan.

Sekian.

Tuesday, August 20

Eatclean : Sambal Belacan Kelentang Kelentung

1:24:00 PM 0
Hey korang ! Selamat tengahari ! Pagi tadi lepas subuh aku dah berhempas pulas dah kat dapur buatkan bekal untuk aku dengan Mr Husband. Menukang kat dapur buat sambal belacan kelentang kelentung. 

Again eh ! Nama sambal belacan tu ialah,

" Sambal Belacan Kelentang Kelentung "

Memandangkan aku dah start eat clean, so Mr Husband pun kena ikut eat clean sekali lah gamaknya. Hahaha. Bertabahlar dia. 

So menu aku harini simple jer. 

Ayam memang aku dah perap siap siap guna serbuk cajun sejak beberapa hari lepas so by the time aku nak guna aku tinggal defrost pastu masak. Aku tinggal goreng dalam air fryer tanpa minyak atau bakar jer. 

Sambal belacan kelentang kelentung ni bahan dia senang je dan boleh dijumpai dalam peti ais korang. 

1 ) Cili Padi
2 ) Cili Merah
3 ) Garam sikit
4 ) Tomato

Kasik tumbuk je semua sekali pastu siap sambal belacan kelentang kelentung aku. 

Then Salad dengan baby tomato. Nasi 1 mangkuk paling kecik.

Bekas bekal ni aku pakai bekas Ikea biasa korang buat beli bungkus meatball tu ( Haaa kan dah terbayang meatball ikea dalam kepala ). Jadi korang tengok gambar ni korang agak agaklah berapa banyak nasi yang aku letak tu.

Atas nasi tu aku hias lah sikit dengan seaweed kan. Nak bagi lawo orang kata nak masukkan dalam blog. Cewahh !

Pastu sebiji epal. Siap !


Aku sebenarnya tengah buat Intermittent Fasting. Aku 
bukanlah acah acah Lisa Surihani, tapi ada lah sikit acah acah tu. Hahaha. Sebelum ni memang aku dah buat dan menjadi ! 10kg turun dalam masa 2 bulan weh ! Mr Husband balik dari Dubai tak kenal aku time tu. Hahaha. ( Kau tengok drama pukul 7 dia ! )

Korang buat IF, Eatclean. Memang terbaiklah. Lagi satu aku ada tambahan suplemen just untuk boost metabolisma aku. Aku ambik Shaklee Cinch Tea Mix. 

So far alhamdulillah. Aku masih melangkah untuk turunkan berat badan aku seperti yang disarankan doktor. Hehehe. Aku takderlah gemuk sangat cuma bila korang nak sesuatu korang kena korbankan sesuatu. Paham dak?

Dalam kes aku, aku kena korbankan lemak aku untuk dapatkan baby. Haa paham dak? Tak paham lagi telepon aku terus, nanti kita jumpa aku ulang ayat yang sama.

So itulah kisah aku sikit sebanyak. Hehehe. Nampak muka bahagia Mr Husband time dia kenyang? Sampai telinga dia senyum !

Tapi senyum tu yang buat aku cairrr~~.... Choiii !!

I`m Back with LEGO STARWARS

8:43:00 AM 0
Selamat pagi semua ! Harini  sampai awal kat ofis, jadi sempatlah aku update ke blog yang berkurun dah tak update ni. Jom kembali berblog!

Bagi yang baru jengah ke blog aku, 


"Haiiiii nama saya Lynn. Nama awak sape?"

Haa gicheww nak berkenalan. Hahaha. Yang tak kisah nak jawab boleh drop kat komen bawah yer nama korang sape. Dapat bagi link blog korang sekali pun lagi bagus, boleh aku pergi menjengah. Hehehe.

Aku selesa membahasakan diri dalam blog ni sebagai aku sebab emosi tu rasa lebih mendalam dan lebih rapat dengan diri sendiri dan pembaca. Cewah ! ( Ntah hape hape kan? ) Tapi korang janganlah kasar kasar cara penulisan aku ni. Aku ni lembut orangnya tapi tegas sikit. Aiceyhh. Menjual betul ek.

Membebel je pagi pagi buta. So berbalik pada post pertama pada tahun 2019, aku nak share apa yang aku buat semalam. Semalam masuk ofis pagi pagi macam biasa baca email. Sekali ting tong, email masuk. Tapi takderlah bunyi ting tong kan. Aderlah bunyi tu kan. Ntah macam mana aku nak describe dalam perkataan tu aku tak tau. Jangan tanya aku lebih lebih.

Kat email tu bertulis. 

"From 19th August until 1st September, 40% off to all starwars items except for bla bla bla bla"

Adalah jenis jenis lego yang tak dapat promo kan. Sebab stok baru.

Sekali terus teringat BB8 ! LEGO yang lama giler diidamkan. dari zaman sebelum kawen yang tak beli beli pasal mahai ngat ngat. Harga asal RM450++ weh ! Aku tak ingat lah exact harga. Kalau pergi berjalan dalam Park nampak BB8 ni aku siap nangis lagi tepi kotak tu. ( Jangan percaya part aku nangis tu ! ) Oh ! Lupa bagi tau korang, aku ni kerja kat Legoland Malaysia. Jadi sesiapa nak tanya pasal Legoland boleh lah tanya aku sikit sikit tu aku jawablah. Tapi jangan tanya pasal tiket free. Aku bukan print tiket pakai air liuq weh !

Lepas aku tau pasal promo ni aku pun check dengan member yang hantar email tadi tu BB8 tersenarai tak dalam list promo. Sekali ada weh ! ADAAAA !

Aku dengan tidak senang duduknya aku cakap kat member aku tu, tolong simpankan boleh tak? Tengahari aku datang ambik. Ko bayangkan penantian tu suatu penyeksaan tau. Punyalah lama aku tunggu BB8 ni promo. Sekali promo announce je terus grab. Nak tengok yang mana. Ni yang bawah ni.


Pagi tu aku dah tak senang duduk dah. Resah gelisah pasal teringat BB8 aku yang nak kena ambik tengahari tu. Aku tak puas hati, aku cari apa lagi LEGO yang promo. Search punya search aku nampak Tie Fighter pulak. Aku call lagi weh tanya ada tak yang ni, tolong simpankan. Hahaha. Kegilaan aku membuak buak dah. Orang perempuan kan, kalau dengar SALE tu macam dunia nak runtuh dah. Tie Fighter macam gambar kat bawah ni.


Walaupun idaman Tie Fighter aku adalah yang lebih besar dari ni sebenarnya, tapi yang ni pun aku dah kira bersyukur dah ni. Mantap ! So akhirnya tengahari tu aku pergilah ambik baby baby aku ni. Suka aku. Macam 1 mission dalam life kau dah complete dan kau kena pergi next level. Aku happy giler !


Korang nampak kegembiraan diwajah tu? Hahaha. Aku happy ! 



Korang ada tak mission yang belum complete dalam life? Meh share mana tau ada yang mission sama dengan aku. Hehehe.

Monday, August 19

Drama Review : Wanita Berani (Daring Woman)

10:49:00 PM 3
Wanita Berani..??
Berani ke..?
haha..
Owkeyh..Harini Lin nak buat review sikit cerita yang Lin selalu tengok tiap-tiap malam pukul
10pm-11.30pm kat channel Astro One HD..
Channel Astro One ni 24hours citer korea..
Pagi petang siang malam citer korea..

Tapi harini Lin nak fokus kan kat korang satu citer tajuknya "Daring Woman"
dalam bahasa korea "Onlain Yeoja"...
Sebut ramai-ramai~~~..
"On Lain Yeo Ja..."
Pandai pun korang berbahasa korea..
hahaha..



Pelakonnya terdiri daripada Lee Yoo Ri (kawaii gile minah ni)..Dia lah heroin dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Ji Soon-Young..Dia ni baik sangat..Mempunyai seorang anak angkat bernama Tal-Gi dimana anak tersebut merupakan anak kandung kepada Wang Se-Bin.





Ni pulak Seo Ji Young..Dia melakonkan watak sebagai Wang Se-Bin..Dia dengan mak dia dalam citer ni jadi jahat..Jahat giler..Asyik nak kenakan Soon-Young jer..Watak dia memang menyakitkan hati..ishk..Isteri kepada Han Jung Myong iaitu anak lelaki kepada usahawan ternama Han Kyu Jin..



Ni Lee Chang Hoon..Hero dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Han Kyu Jin..Dia suami kedua Soon Young selepas suami pertamanya mati..Seorang yang baik hati,penyayang dan anak yang taat..Mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan..



Ni pulak Lee Joong Moon..Melakonkan watak sebagai Han Jung Myong..Suami kepada Wang Se-Bin..Seorang yang sangat menginginkan anak..Namun Wang Se-Bin mempunyai komplikasi untuk mengandung..Bekerja dengan bapanya di syarikat kosmetik..


Sinopsis :

Pada awalnya Ji Soon-Young dan Wang Se-Bin adalah sahabat..Tapi semua berubah
setelah Ji Soon-Young berkahwin dengan abang Wang Se-Bin..Se-Bin bertukar menjadi
seorang yang cemburukan Soon-Young..Setelah Se-Bin pulang dari Italy kerana melanjutkan pelajaran,Se-Bin dapati dirinya mengandung dan bakal melahirkan anak..Setelah melahirkan anak ibu Se-Bin memberikan anak Se-Bin kepada Soon-young dan mengatakan itu anak saudara jauhnya yang tidak mampu menjaga anaknya itu..Setelah kematian suami Soon-Young,Soon-Young hidup terseksa ketika tinggal bersama ibu mertuanya..
Dan Soon-Young mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah syarikat dimana Se-Bin bekerja..Di situlah dia bertemu Han Kyu-Jin dan setelah beberapa halangan yang dilalui akhirnya dia berkahwin dengan Han Kyu-Jin..
Setelah dia berpindah ke rumah Han Kyu-Jin,bermacam dugaan yang dilalui oleh Soon-Young memandangkan Se-Bin telah berkahwin dengan anaknya Han Jung-Myong..
Ingin mengetahui kesudahan cerita ni..?
Macam mana penerimaan Wang Se-Bin terhadap Ji Soon Myong yang dulunya adalah ipar dan akhirnya bergelar mak mentuanya..?

Tengok sendiri..hahaha..


Pegi download cepat..
Pandai-pandai lah cari yerr..
Lin cari pun tak jumpa sebab citer ni baru lagi publish..
Baru keluar pada Mac 2010..
huhu..
Senang-senang sape yang ada astro HD tu g lah tekan channel 393 erkk..
hehe..


P/S : Jangan luper kelik Nuffnang Lin yer..^_^

Novel Review : JIBAM

10:48:00 PM 8
Hye all...!!

Harini Lin nak buat review sikit tentang satu novel yang bertajuk JIBAM..Mengikut apa yang Lin tahu,novel ni dah lama diterbitkan tapi Lin sama sekali tak tahu tentang novel ni sehinggalah seorang kawan Lin ajak Lin baca novel ni..Termasuk malam semalam,Lin dah 3 kali khatam novel ni..Lin berhasrat nak keluarkan review tentang novel ni dalam salah satu entri Lin bila genap perkenalan setahun Lin dengan kawan Lin tu..Tapi Lin mungkin dah rosakkan persahabatan kami yang nak masuk 5 bulan pada 16 julai ni..huhu..Lin nak ucapkan terima kasih kat dia sebab kenalkan Lin dengan novel ni..^_^


Novel ni mengisahkan seorang peneroka dan pengamal penyembuh penyakit yang bernama Suman dan isterinya Piah yang telah dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Fakir,Kadir dan Jibam..Fakir bekerja sebagai kerani di bandar,jarang sekali pulang ke kampung..Manakala,Kadir seorang yang panas baran,pernah bekerja sebagai despatch dibandar tetapi Kadir berhenti untuk menolong keluarganya di kampung..Jibam adalah anak bongsu kepada pasangan itu,tetapi Jibam dilahirkan cacat(terencat akal)..

Jibam sangat dibenci oleh sebahagian penduduk kampung kerana sering mengganggu mereka terutamanya Tuk Ngah Sudin..Tuk Ngah Sudin berhasrat untuk memiliki tanah-tanah yang diteroka oleh Suman dengan menggunakan kedua anaknya Miah dan Awang..Awang bekerja di Pejabat Daerah..Dia telah mengikut kehendak bapanya yang ingin menukar nama geran tanah tersebut ke atas namanya manakala Miah digunakan untuk memikat anak sulong Suman,Fakir..

Suatu hari,ketika Suman dan Tuk Ngah Sudin keluar untuk mencari rotan,Tuk Ngah Sudin dalam diam telah memasang satu niat untuk membunuh Suman..Ketika Suman berada betul-betul di kaki bukit,Tuk Ngah Sudin telah menolak Suman ke dalam gaung yang dipenuhi dengan cerucuk-cerucuk rotan..

Adakah kematian Suman dapat dibela?Apakah yang akan terjadi kepada Tuk Ngah Sudin?Apakah yang akan berlaku pada Jibam dan abang-abangnya? Kalau nak tahu,bacalah novel ni..^_^