Monday, August 19

Novel Review : JIBAM

Hye all...!!

Harini Lin nak buat review sikit tentang satu novel yang bertajuk JIBAM..Mengikut apa yang Lin tahu,novel ni dah lama diterbitkan tapi Lin sama sekali tak tahu tentang novel ni sehinggalah seorang kawan Lin ajak Lin baca novel ni..Termasuk malam semalam,Lin dah 3 kali khatam novel ni..Lin berhasrat nak keluarkan review tentang novel ni dalam salah satu entri Lin bila genap perkenalan setahun Lin dengan kawan Lin tu..Tapi Lin mungkin dah rosakkan persahabatan kami yang nak masuk 5 bulan pada 16 julai ni..huhu..Lin nak ucapkan terima kasih kat dia sebab kenalkan Lin dengan novel ni..^_^


Novel ni mengisahkan seorang peneroka dan pengamal penyembuh penyakit yang bernama Suman dan isterinya Piah yang telah dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Fakir,Kadir dan Jibam..Fakir bekerja sebagai kerani di bandar,jarang sekali pulang ke kampung..Manakala,Kadir seorang yang panas baran,pernah bekerja sebagai despatch dibandar tetapi Kadir berhenti untuk menolong keluarganya di kampung..Jibam adalah anak bongsu kepada pasangan itu,tetapi Jibam dilahirkan cacat(terencat akal)..

Jibam sangat dibenci oleh sebahagian penduduk kampung kerana sering mengganggu mereka terutamanya Tuk Ngah Sudin..Tuk Ngah Sudin berhasrat untuk memiliki tanah-tanah yang diteroka oleh Suman dengan menggunakan kedua anaknya Miah dan Awang..Awang bekerja di Pejabat Daerah..Dia telah mengikut kehendak bapanya yang ingin menukar nama geran tanah tersebut ke atas namanya manakala Miah digunakan untuk memikat anak sulong Suman,Fakir..

Suatu hari,ketika Suman dan Tuk Ngah Sudin keluar untuk mencari rotan,Tuk Ngah Sudin dalam diam telah memasang satu niat untuk membunuh Suman..Ketika Suman berada betul-betul di kaki bukit,Tuk Ngah Sudin telah menolak Suman ke dalam gaung yang dipenuhi dengan cerucuk-cerucuk rotan..

Adakah kematian Suman dapat dibela?Apakah yang akan terjadi kepada Tuk Ngah Sudin?Apakah yang akan berlaku pada Jibam dan abang-abangnya? Kalau nak tahu,bacalah novel ni..^_^

8 comments:

  1. 1 of the best novel i've ever read..
    1st time i read it when i was in primary school. over 10 years ago.
    until now, i never getting bored with it..still read it sometimes..
    KUDOS to UJANG~!!

    ReplyDelete
  2. wah...bagusnya ada revie macam ni...teruskan usaha murni awak yer

    ReplyDelete
  3. silence : yezz..credit to UJANG..!!

    Remedy : trime kasih dan insyaAllah..^_^

    ReplyDelete
  4. penah baca gakk..
    best kan cita ni
    cian jibam

    ReplyDelete
  5. ha ah..betul2..cian jibam..

    ReplyDelete
  6. sy pn pnh bce dlu time skola..

    sedih bce cte ni...
    mmg cian la kt jibam...

    ReplyDelete