Wednesday, August 21

Eatclean : Daging Cing & Cang


Heyya ! Morning ! 

Pagi ni macam biasa bergegas ke dapur siapkan lunch box untuk merpati dua sejoli. Aiceyh ! Akulah tu.

Harini menu simple jer. Aku pun tak tahu apa nama menu nya sebab aku main campak campak jer ikut suka. 

Jadi dengan ini aku namakan makanan ni sebagai, 

" Daging Cing & Cang "

Yang pasti isinya ada daging hancur tu, ada Tuscan mushroom dengan asparagus. Aku suka gila dengan asparagus ni sebab dialah sayur yang aku rasa macam berlemak.

Aku start makan asparagus ni pun sejak aku mula eat clean. Kalau idok takde lah aku nak cuba sayur sayur pelik gini. Hahaha.


Berat aku sebenarnya haritu dah 60kg tau dari 71kg. Tu cerita masa Mr Husband kat Dubai. Jadi aku pun start diet pasal aku sorang sorang kan. Makan tak sedap pun takpe, makan ke tak makan aku jer " ALONE " .

Sesejak Mr Husband balik, aku jadi bahagia gila ! Aku start makan balik dah tak ingat dunia. Dan mestilah makan for two kan. Jadi kalau waktu makan tu is a MUST ! Sampailah berat aku naik balik macam asal. Ni lah yang sekarang ni.

Bila mana aku start ambik gambar semua angle pun nampak gemuk, itu bermakna aku dah gemuk. Hahaha.

So aku start balik journey IF dan eatclean aku.

Mula dari Ahad lepas 18 Aug 2019 aku mula eat clean. dengan berat permulaan sebanyak 70.3kg. Masuk harini dah 4 hari aku IF and eat clean berat aku sekarang dah 68.8kg.

Targetnya 55kg. Macam korang tengok kat bawah ni. Aku ada lagi 13.8kg lagi remaining untuk aku capai berat 55kg tu. Bagi aku itu target yang boleh buat aku on track. Hopefully bulan 10 dah ngam ngam sui berat 55kg yang aku idamkan tu.

Adalah beberapa kali, time Mr Husband makan tu aku minta sesuap dua. Tapi tak banyak eh. Masa tu aku siap doa mohon agar makanan ni tak menggemukkan aku. Hahaha.




Time gambar kat bawah ni aku hilang ingatan. Aku tak ingat sebenarnya aku tengah jaga berat aku waktu ni. Jadi aku makan maggi goreng sepinggan. Itupun aku minta Mr Husband lagi sepinggan, dan dia telah menyedarkan aku yang aku dah takde beza dengan yang dulu.


Jadi aku pun redha dengan realiti bahawa aku kena kawal pemakanan dan jangan sesekali mudah tergoda dengan hasutan makanan yang menggiurkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment