Monday, August 19

Drama Review : Wanita Berani (Daring Woman)

Wanita Berani..??
Berani ke..?
haha..
Owkeyh..Harini Lin nak buat review sikit cerita yang Lin selalu tengok tiap-tiap malam pukul
10pm-11.30pm kat channel Astro One HD..
Channel Astro One ni 24hours citer korea..
Pagi petang siang malam citer korea..

Tapi harini Lin nak fokus kan kat korang satu citer tajuknya "Daring Woman"
dalam bahasa korea "Onlain Yeoja"...
Sebut ramai-ramai~~~..
"On Lain Yeo Ja..."
Pandai pun korang berbahasa korea..
hahaha..



Pelakonnya terdiri daripada Lee Yoo Ri (kawaii gile minah ni)..Dia lah heroin dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Ji Soon-Young..Dia ni baik sangat..Mempunyai seorang anak angkat bernama Tal-Gi dimana anak tersebut merupakan anak kandung kepada Wang Se-Bin.





Ni pulak Seo Ji Young..Dia melakonkan watak sebagai Wang Se-Bin..Dia dengan mak dia dalam citer ni jadi jahat..Jahat giler..Asyik nak kenakan Soon-Young jer..Watak dia memang menyakitkan hati..ishk..Isteri kepada Han Jung Myong iaitu anak lelaki kepada usahawan ternama Han Kyu Jin..



Ni Lee Chang Hoon..Hero dalam citer ni..Dia melakonkan watak sebagai Han Kyu Jin..Dia suami kedua Soon Young selepas suami pertamanya mati..Seorang yang baik hati,penyayang dan anak yang taat..Mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan..



Ni pulak Lee Joong Moon..Melakonkan watak sebagai Han Jung Myong..Suami kepada Wang Se-Bin..Seorang yang sangat menginginkan anak..Namun Wang Se-Bin mempunyai komplikasi untuk mengandung..Bekerja dengan bapanya di syarikat kosmetik..


Sinopsis :

Pada awalnya Ji Soon-Young dan Wang Se-Bin adalah sahabat..Tapi semua berubah
setelah Ji Soon-Young berkahwin dengan abang Wang Se-Bin..Se-Bin bertukar menjadi
seorang yang cemburukan Soon-Young..Setelah Se-Bin pulang dari Italy kerana melanjutkan pelajaran,Se-Bin dapati dirinya mengandung dan bakal melahirkan anak..Setelah melahirkan anak ibu Se-Bin memberikan anak Se-Bin kepada Soon-young dan mengatakan itu anak saudara jauhnya yang tidak mampu menjaga anaknya itu..Setelah kematian suami Soon-Young,Soon-Young hidup terseksa ketika tinggal bersama ibu mertuanya..
Dan Soon-Young mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah syarikat dimana Se-Bin bekerja..Di situlah dia bertemu Han Kyu-Jin dan setelah beberapa halangan yang dilalui akhirnya dia berkahwin dengan Han Kyu-Jin..
Setelah dia berpindah ke rumah Han Kyu-Jin,bermacam dugaan yang dilalui oleh Soon-Young memandangkan Se-Bin telah berkahwin dengan anaknya Han Jung-Myong..
Ingin mengetahui kesudahan cerita ni..?
Macam mana penerimaan Wang Se-Bin terhadap Ji Soon Myong yang dulunya adalah ipar dan akhirnya bergelar mak mentuanya..?

Tengok sendiri..hahaha..


Pegi download cepat..
Pandai-pandai lah cari yerr..
Lin cari pun tak jumpa sebab citer ni baru lagi publish..
Baru keluar pada Mac 2010..
huhu..
Senang-senang sape yang ada astro HD tu g lah tekan channel 393 erkk..
hehe..


P/S : Jangan luper kelik Nuffnang Lin yer..^_^

3 comments:

  1. waaa... esok besar nak jadi pengulas program tv ek? tak pon pengacara hip tv ke. hahaha

    ReplyDelete
  2. @bro a'maL

    ishk3..agak lin belum besar upenyer..cara abg cakap mcm tgh ckp dgn anak sedara abg jer kan..kih3..

    ReplyDelete
  3. i'm ur new follower...
    nice blog!
    jom singgah my blog..

    Latest Entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/honeymoon-ngan-iqbal.html

    ReplyDelete