Thursday, October 27

Tutorial : Cara Main Minesweeper

Assalamualaikum dan hai semua-semua kawan-kawan sahabat-sahabat handai-handai..Dah mula lah menyanyah ni..haiyaa..Harini lin nak update tutorial..Tapi tutorial harini lain sikit..Lin nak ajar cara main minesweeper..Pernah dengar tak? Pernahkan..!!  Kalau yang tak pernah tu korang kelik kat komputer korang start > Games > minesweeper...Pastu korang boleh ikut tutorial Lin ni yer..hehehe..Ramai yang kata dorang tak pernah menang main game ni..Jadi Lin tolong mana yang mampu yer..

Langkah pertama : 

Bagi yang baru berjinak-jinak nak belajar main minesweeper ni eloklah korang ambil tahap kesukaran untuk beginner yer..Dah pandai esok baru up sikit lagi..hehe..Kalau nak cari options korang kelik kat menu belah tepi atas kiri game tu..hah.! hamek kau.! cari sendiri..haha..pastu kelik kat options..confirm kluar macam dlm gambar..




Langkah kedua :

Bagi kotak yang kaler ini,kotak tu mewakili jam pemasa korang..Bila korang kelik mana-mana kotak biru tu automatik jam pemasa tu akan mula sendiri..Jam pemasa ni tidak terhad..Korang boleh main sampai bila-bila korang suka..Tapi kena ingat.! Jam pemasa tu yang akan buatkan score korang kat tempat keberapa.. Maksud Lin kat sini,lagi cepat korang siapkan lagi tinggi score korang..Ada paham? huhu..

Bagi kotak kaler ini,kotak tu mewakili berapa bom yang ada dalam permainan tu..Korang boleh adjust berapa banyak bom yang korang nak dalam permainan korang dengan pergi pada options tadi dan kelik custom..Pastu korang letak berapa banyak korang nak..

Bagi kotak kaler ini,Lin bulatkan sebab kebiasaannya bila Lin nak mulakan permainan Lin akan mulakan dari hujung..Sebenarnya korang nak kelik mana-mana pun boleh ajer..terpulang pada citarasa korang..hehehe



Langkah ketiga :

Nampak tak Lin ada bulatkan nombor-nombor tu..Sebenarnya nombor tu mewakili bom yang ada sekeliling kotak tu..

CONTOH : NO 1 = Sekelilingnya akan terdapat satu bom..hanya tinggal satu tempat yang belum dibuka.Secara automatiknya tempat tu dikira mempunyai bom.

Selepas kita pasti tempat tu ada bom,right-click pada kotak tersebut dan akan terkeluarnya bendera..Bendera tu mewakili bom yang ada dalam kotak kecik tu..




Langkah keempat :

Andaikata seperti contoh dibawah ni,di sekeliling kotak nombor satu masih ada 2 kotak yang belum dibuka,korang boleh lah right-click 2 kali untuk letak tanda soal mewakili yang korang tak tahu kotak yang mana terdapat bom tersebut..Korang kelik lah tempat lain dulu..

(Lin jarang guna kaedah ni..)




Langkah terakhir : 

Bila korang dah berjaya ikut tutorial diatas korang mesti akan jumpa kotak kejayaan korang..Hahaha..kat situ korang tengoklah score korang..Siapa-siapa yang nak try pecah rekod sendiri tu mainlah semula dan semula dan semula..hehehe..





 Owkeyh..!! Setakat itu jer tutorial Lin kali ini..Harap korang berjaya yer..!! Gudluck..!! ^_^

P/S : Sebarang kemusykilan boleh tanya..dun shy-shy cat..hehe.. ^_^

4 comments:

  1. waaa dasyatnye mane jumpe tips ni..wanie jarang main game ni.

    ReplyDelete
  2. main game ni x pernah nyer menang...huhuhu...

    tapi akan cuba dengan gigih...hihihi

    ReplyDelete
  3. @Wanie

    lin blajar sndiri wanie..huhu..geram btl mula2 main x menang..kih3..

    ReplyDelete